Selasa, 30 November 2010

hakikat dunia


sumber : iluvislam.com

"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan."
Lama aku berfikir. Merenung maksud kata-kata itu.
Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu."
Kita dapat baju, kita hilang duit. Kita dapat kenyang, kita hilang makanan. Pendek kata itulah sunnatullah kehidupan. Ironinya, masih ramai yang ingin menentang arus. Tidak pelik.
"Only dead fish swims with the stream."
Hmm...tapi kata-kata itu boleh ditafsirkan dengan makna yang berbeza...itulah manusia, kita sentiasa percaya yang kita ini yang paling hebat. Maka setiap orang ingin mengeluarkan pendapat. Itu tidak mengapa. Yang malangnya setiap orang tidak ingin dikritik. Semacam dia yang maha hebat. Tidak ada cacat dan cela!
Tafsiran akal itu datangnya dari paradigma kita. Paradigma itu mudahnya kita ertikan sebagai cara pandang. Cara pandang kita menentukan apa yang kita dapat. Jadi paradigma yang betul akan melahirkan cara pandang yang tepat. Persoalannya mana satukah paradigma yang tepat?
Seorang pengguna iPhone tatkala mengalami masalah dengan iPhone canggihnya pasti akan mencari mereka yang serba tahu tentang iPhone. Tidak akan dicarinya seorang doktor perubatan kerana ubatnya bukan disitu.
Manusia pun sebegitu. Membina paradigma yang betul memerlukan kepada rujukan yang betul. Rujukan yang salah memang masalah! Maka rujukan kita penduduk dunia pastinya Al-Quran yang didalamnya terkandung manual untuk ke syurga dan jalan ke neraka. Pilih dan nikmati hasilnya =)
"Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan," masih terngiang-ngiang pesanan yang acapkali disebutkan kepadaku.
"Antara fatwa dan takwa, awak pilih yang mana?" Soalan yang menutup bicara ku petang itu. Sungguh dunia ini tempat melakukan amalan sedang akhirat tempat kita menikmati ganjaran.

Isnin, 29 November 2010

teringin tapi segan

heyya peeps!
sehat?tak ke? g ah klinik tu pun nak kene ajar ke?
haishh
-_-'
hahah
gurau je PEACE :D

oh yea,
korang mesti da pena  pakai shawl kan kan?
aku je tak pernah
iskk.sangat sedih!


act, teringin beno la ghasenyer nak pkai shawl dgn inner tuh.
ala,fesyen skrg tuu
sanagt jeles ok if hangout dengan kawan mesti dorg pkai shawl tu.
snang je katanyer!
bukan taknak try.
tp.tp.tp
ishhh
segan laa.
da la muka bulat ade hati nak tunjuk kelebaran muka tahap maksima.
haha

serius wehh,teringin gila.
aku tgk kawan kawan aku pkai cun ajerr..
penah sekali tyme shopping dengan mama.
try suggest mama pkai shawl dgn inner.
mama gelak je denga anak dye merepek.
then,bile aku ckp aku nk try pakai shawl.
lagi la bertambah kuat mama gelak
tp terus senyap bile nampak muncung itik dan tanda tanda mogok yang akan bermula serta dilakukan oleh anaknye yang sulung(aku ler tu)haha.
mama pun ckp aku x sesuai pkai shawl camni.
ok..
aku terime..



tp aku try pakai jgk.
sbb comel je bile gk cousin aku pakai.

hehe.saje suka suka nak try ennn..

taraa~~





opocot mak kaww!! haha

memang sangat tak sesuai.tapii..saya sukaa..
haha

lepas je lilit lilit shawl ni,terus tunjuk kat mama.
mama senyum lebar.bukan mengejek tauuu..
tp memuji.hihi
mama cakap nak belikan shawl utk zira sebab yang ni bukan zira punye.
haha
cousin aiii yang punye.
aww~
haha;D
yeahh!!
thx mama,lebiu lebiu muahh!! hehe
misi BERJAYA
tingtingting~ 
PEACE :D



ha,kan..cumil kan yang belah kanan tuu,cousin den.muka dye mmg sesuai dengan shawl.muka aku tak beberapa nak sesuai tp nak try jugakk!!hihi.ehh,macam sama je shawl kami.memang la.dah dia punye shawl tuu.den pinjam yo.! haha
yes! esok jugak nak p beli.hihi


till then,
bebaiiii.



pssst; si dia penah cakap,yang dia lagi suka tengok zira pakai tudung labuh.insyAllah 1 hari nanti.:) doakan saya ok :))

Ahad, 28 November 2010

really miss my superbestie

salam,
heyyo wassup wassup.
wahh~ *gedik!*
haha

diam tak diam,
dah dekat sebulan da cuti sem,
pejam celik pejam celik,
next week nak masuk kolej blek da.

hmm.
sangat seronok cuti ni,
dapat abeskan masa dengan family tercinta,
dapat g kenduri and makan free..
haha
tapi sangat sedih ++
even tyme cuti pun aku masih tak jumpe badot badot aku.
err,
my bestiee lahhh~
grrr.
rindunya kat anna,ija
rindu sangat sangat.
terlampau lampau lampau la rindu nyee.
masing masing busy~
busy busy busy oh,kenapalah kene ada ayat busy kat dunia ni,kipas ke,meja ke garpu ke
eh,ape aku merapu ni. entahhh,HAHA
ape ape pun
 hope sangat dapat jumpe ari khamis ni.
tau tau~~
rindu gila kat korang..
rindu kat bebelan si ija,
and
rindu nak buli si anna
HAHA

ija~ sorry sbb tak dapat temankan kau hari ni.ari khamis kite jumpe ok insyaAllah.
aku busy gila ari ni.busy gila tau,bukan busy la gile.haha
jkjk.PEACE.

anna~ gila rindu kat kau doee!!
sorry tak contact kau sangat tyme cuti ni.busy plus plus~!
khamis ni kite jumpe tauu~~!!



oh yea~
tersangat rindu juga dekat sahabat tersayang kat kolej
mastura,maisarah,wawa,ain,sue,mira and zura
jumpe next week!
jangan rindu zira tauu~
haha

okeh,mau tido..pssst pssst,tak sabaq nak tunggu 3 dis.tatau naperr.ngehehe~
bebaiii~!!



selamat hari TUA :D





salam korang :)
cuba teka hari ni hari ape?
salah salah!
teka lagi
=__=''
hahah
oke,
straight 2 da point je la kan.
hari ni beday adik aku yang no 2 tu haa..
aniq safwan:)

yang tengah tuu:D

handsome kan adik aii?
haha
single lagi*tibe2 haha*


and for him:
HAPPY BIRTHDAY,SELAMAT HARI JADI,SANNAH HELWAH
MAY GOD BLESS YOU,
JANGAN NAKAL NAKAL AND GATAL GATAL
HAHA
AND


HAPPY SPM TOOO~
HAHA
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
andd, study elok elok, rajin rajin, if dapat straight A den belanjo secret recipe lagi yoo yang BESAR PUNYAA
haha
selalu ingat pesan mama and abah,ingat, mama and abah dah banyak  berkorban mcm mcm utk kite adik beradik.jadi anak yang soleh,yang boleh menggembirakan hati mama and abah.
mereka segala galanya.ingat tuu.




ok


till then,
bebaiiiiii
:D



Sabtu, 27 November 2010

"Saya nak cari suami yang...."

Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."

Yang selalu kita lihat,
Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..

Yang kita harap dapat lihat,
Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat  kalau Al-Fatihah pun masih merangkak-rangkak

Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama-sama  memberi ingat
Untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg tak kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama-sama membaiki diri
Kalau bakal-bakal suami dan bakal-bakal isteri pakat-pakat membersihkan hati
Kalau suami-suami dan isteri-isteri dapat ikut segala perintah Ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar-benar sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat-pakat dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda-ganda lagi

Khamis, 25 November 2010

takyah baca pun takpe,sekadar luahan hati.:)

mood : serius + sedih



kadang kadang tak paham betul dengan perangai manusia,
asal yang cantik, dibangga banga, asal yang buruk, dikutuk kutuk,
fine~ mmg wajar lah aku kene kutuk
tapi, aku je ke manusia yang mempunyai masalah fizikal kat dunia ni?
aku je ek yang gemuk akt malaysia ni?
aku je ek yang palinggg obesiti kat dunia ni.
fine~
bukan aku tak cuba nak jadi kurus~
aku da cuba,
byk kali!
diet,senam,makan pil(ok, jgn salah faham, pil kurang selera makan lahh)
ape?
ingat orang gemuk ni takde perasaan ke?!
kadang kadang aku rase sisa sisa air mata aku ni habis ke sini je.
mengenangkan nasib badan aku.
aku tak mintak la jadi mcm ni.
aku taknak pun la jadi gempal cenggini.
aku dah usaha!
takpe lah~
and ayat yang kan dibaca sebentar lagi ditujukan pd seseorang, siapa makan cili terasa pedas nya:) :-
"cik P,awak sangat cantik,jangan risau,toksah selalu sangat nak perli saya, toksah nak selalu sangat kutuk saya, and toksah selalu sangat hina badan saya.saya memang sedar sapa saya. TERIMA KASIH!"

entah la. tp aku penah denga ayat ni:
"bia muka tak lawa asalkan badan lawa, jangan  harap muke je lawa tp badan, yarabbi"
hmm..ek?
aku lagi la,dua dua tak lawa.
ok fine~

aku tak kesah ape pun orang nk cakap pasal aku.
tp aku dah bosan la! cara orang kutuk/hina macam la aku sorang je yang obesiti kat dunia ni.
orang mcm aku pun ada perasaan.
kau ye dok gelak gelak, ejek ejek. tp kau tak sedar ke yang kau da malukan kawan kau sendiri.









sudah! tak boleh sambung ape ape dah
mata dah pedih
tp satu je aku pinta.
tolong laa, aku tak kesah sbb mmg betul pun badan aku besaa, tp agak agak laa..jangan aa malukan aku smpai mcm tu sekali.aku ade PERASAAN jugak.

Isnin, 22 November 2010

SPM SPM SPM

assalamualaikum :)
hi korg!
da tido kerr?
of course la kan ade yang da tido bila jam menunjukkan pkul 4 pagi.
tp ade jer hamba hamba Allah yang belum tido,
mcm adek aku ni.baru tido,
maklum la esok SPM.
aku pulak yang berdebar.
ye la kan, dulu tyme muda2 penah gak amek SPM
hahah
bagai nak jatuh jantung jawab pekse
abes basah paper exam dek peluh .
haha

so,
gud luck 4 all spm candidates .
terutama kat adik den yang no 2 tu hah,
aniq safwan bin mohammad fuad

buat exam elok elok tauu.
prayed hard.
supaya segala ilmu yang dibaca tak mudah lupa.
sentiasa ingat pesan mama and abah ok.
ingat! "biar kita miskin dengan harta tapi kita kene kaya dengan ilmu"
pedulikan ape orang nak cakap, hidup kita bia kite yang tentukan
ok.
gud luck!
and gud luck jgk pd korg2 and cousin2 yang nak amek exam nanti.
selamat berjuang!
wah~ aku plak yang semangat ngee~~
ok.
bebaiii~~
;D


Ahad, 21 November 2010

jom kawen !

salam korang ;D
mesti tekejut beruk sebab tak pasal pasal aku ajak kawen.
haha
pe lagi
jum r kawen! jum r jum r (haha)-__-''
gedik la zira nih!
*gatalgatalgatalgatalgatalgatal*
haha
gurau aje ..hihi~
peace :)

act,
aku bukannye nak kawen atau pun nak ajak korg kawen
 tak kuasa aiii..
masak pun errr... tak berapa nak reti
ade hati nak kawen
gila gataii kauu.
haha!
semalam aku p kenduri kawen..
kazen aku yang kawen.
kazen aku TAU bukan AKU! haha
wah~ wedding dye mmg meletop kaww!
aku pun nak r kawen cenggitu..
ramai VIP n artis datang..
wedding of the year gitu~
gila kauuu
ramai gila yang datang,
dapat cuci cuci mata.haha
gila la ! terus hilang kerabunan mata aku haha
(gatal tak sudah la korg ni!haish~)
hahah
so,
mase ni la dapat berkumpul dengan cousin cousin .
klu tak pehh,jgn harap.
masing masing busy mak mek.
yang keje sibuk keje,yang study sibuk dengan study nye yang nganggor sibuk mengganggor(eh ade ke?,ntah haha) yang cuti ni hah sibuk membungkang kek umah. eh aku ke?
tettt~~
haha
tp,
mmg best la semalam,
dpt jumpe cousin, and adek beradek sebelah abah.
.
dah la,malas nak mebebebebell~


jum tengok gambar!
check it out yo !

taraaa~~~



ehh,cop cop..
cop cop cop coca cola yehh~
hoiii boikot coca cola hoiiii..!!
*tetibe haha*

lupe nak gtau,
tempat cousin aku kawen ni dekat seri menanti negeri semilan.
yo la,den oghang nogori..
kau?
takyah jawab,tak nak tau pon~
haha(kelekar ke??)
blablabla..


nah tgk gambar..








tgk la!! hishhh
haha(lawaknyerr) T___T







jeng jeng jeng~!!


ni pic SS namenye,haha,ape gelak gelak tau ke ape SS tu..elehhh ;D..
SYOK sendiri..haha.if amek gamba ngan abah,abah mesti x pndang camera.malu malu meoww .
hihi~

gila kelasss kauu pelamin dia~suke3




















luv dis pic :)


sama kan muka kami? kembar tak berapa nak iras,lain mak lain ayah. hehe :)


ni mak ngah aii,malu malu lak diaa.haha peace makngah :) hehe yang kocik tu cousin aii.cute kan? mcm aii mase kecik kecik haha T___T

sepupu den :)










ok,post entry aku smpai sini jaa...
bebaiii





p/s ; apa yang akan jadi kat aku dengan adek adek aku 10 tahun akan datang? camne agaknya mase depan kami ek?




Sabtu, 20 November 2010

lelaki dan perempuan perlu tahu :)


Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”



Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Selasa, 16 November 2010

cerita cuti saya :)

seperti yang aku janji kan aritu.
nak cite pasal ..
errr..pasal sape ekk..
haa..saya balik kl dgn sape..huhudengan sape ek?
BF?
tettt~
salah salah..
cuba lagi cuba lagi..
hahah 
(mengarut hape la ni~ T___T)
act, aritu zira blek dengan bff zira
wawa(nadzwa muktadir:))
rumah dia kat sabah.
b4 dia blek sabah dia ckp nak singgah kl.
so,zira bawakla dia g kl..
ktorg betolak pkul 1 tghari, hari jumaat lepas..
smpai sane lebih kurang pkul 4 lebih.
sampai sampai je kat situ terus bawak wawa shopping meyopping dekat situ.
mcm mcm wawa borong,
seronok sangat tengok dye pilih barang
rambang mata katanyerr.
syok abes doe!
then dalam pkul 7.30 camtu memang dah tersangat lah letih
balik  la ape lagi.huhu
smpai je rumah kenal2 dengan abah,mama and nenek..
mmg langkah kanan wawa dtg umah..kek ade sate,mcm mcm lagi lahh
nak nanges wawa makan sume tuhh haha
baru ingat nak diet
hancur suda~
hahah
;D

keesokkan hari nye *skemaskemaskema T___T
bawak wawa bekenalan dengan ija~
makan2..pastu g jenjalan area ruma zira.
syok doe!
malam tu plak,mama and abah zira bawak wawa g jenjalan
makan jugek~!!
haha
ksian wawa..hancur harapan dia nak diet.
takpela wa,blek sabah diet la puas puas oke~
hehe
flight wa ari selasa..da smpai dah agaknya..
take care dear!!
kesayangan nenek kauu wawa nihh..
jeleshh aii
hahah








salam aidiladha :)

penatnyaa..
baru lepas tolong mama masak..
masak rendang,kuah sate,ketupat,sayur lodeh..
mcm hari raya eid pulak..
hehe
tp, adat dalam keluarga kami..
tiap tiap hari raya 
mama n adek beradek mama akan masak then tuka tuka makanan..
seronok nya dapat makan!!
hahah
-_-''



alhamdulilah,
sekali lagi diri ini diberi kesempatan untuk beraya bersama keluarga tercinta:)
sangat jeles bila ada teman yang balik ke kg untuk beraya dengan wan dan atok..
ingin sekali rasai nikmat menatap wajah wan(nenek),memeluk tubuh wan,mencium tangan wan.
tapi sayangnya,
perkara itu takkan pernah berlaku lagi..
hanya kenangan
dan doa ku titpkan...

wan,
kaklong rindu sgt kat wan..sejak wan takde segalanya da berubah!
tapi,itu lah hakikatnya..
yang harus kami sekeluarga terima..
semoga wan dan atok tenang disana
amin...
AL-FATIHAH




"selamat menyambut hari raya aidiladha kawan kawan :)"

Ahad, 14 November 2010

berehat seketika

salam semua:)
act,zira dah smpai rumah..
damansara tercinta!!:)
byk sgt benda nak cerita..
oh yea..cuti kali ni..zira balik dgn sumone..
b4 dia balik sabah..dye nak singgah rumah zira dulu..
naktau sape?
jeng3x..
zira akan post entry berikutnya bila zira free ok.
arini rase tak larat sangat..
penat tak hilang lagi..
k la..
daa~~;))

Rabu, 10 November 2010

sehari lagi.!

tinggal 1 paper je lagi!!
wah~
mesti ramai yang boring kan..
zira ni asek cite pasal paper exam je..
cheww~
kate tgh exam mode..
so..cite psl exam je laa..
nnti tyme cuti..baru cite pasal cutii plak..
ahaks!

alhamdulilah..paper ke-6 iaitu paper pengarangan multimedia
dah lepas..
boleh tahan la soklan dye..
menguji minda jgk la..
seperti biase..antara classmate2 aku..
mmg aku la yang paling lasssstttt keluaa..
gilerr dasyat kauu..
aku smpai dah agak sape kuar dulu da..
mmg tyme exam ni..hanif(classmate aku) org pertame yang kluar..
org ke 2 zatul..ke 3 suzi..dan aku org yang terakhir ..
tettt~ 
kantoi sudaa..mmg classmate aku 4 org je..
dulu ramai jgk la..
tp sume da pupus..hihi peace;D
klu nak tau nnti zira akan cite kat entry yang berikutnye oke..
ape? boring classmate sikit?
mmg TAK la..lagi best ade..
ukhwah dengan lecture lagi rapat ..
lagi best ok..
aku still ade ramai lagi kwn kat kipsas ni.
course lain tp same intake..

okeh,
nak study utk sistem komputer
go zira go~!!




Isnin, 8 November 2010

sharing is caring...

Lirik Lagu Dadali – Disaat Aku Mencintaimu


mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….
Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Sabtu, 6 November 2010

3 paper lagi!


alhamdulilah..selesai sudah paper yang keempat.
paper yang ketiga aritu visual basic,
aduhh..
mmg senang gila la!
smpai kan aku yang kluar paling last diantara 3 jabatan..
last kot!
aku sorg je tinggal ble lagi setengah jam nak abis.
korang ade ke?
haha;D
serabut gile nak jawab..
haish! camne la classmate aku yg kluar awal tu jawab soklan hah?
 bagai nak meraung aku dibuatnye tyme jawab paper tu..
bile dah tinggal sorg sorg mula lah pengawas pengawas yang jage ktorg 
tyme exam kacau kacau aku..
menguji keimanan dan kesabaran betul..
mmg hilanglah segala kefokusan .
haha..
tp tepat 11.30 abes jgk jawab semua soalan.
ahamdulilah...

paper yang keempat..
english 2
pagi tadi..
syukur sangat ape yang ktorg study masuk paper sejibik sejibik ..
thanks mastura and maisara ajar ktorg(kak erma,kak ira,jamaliah wawa and zira) smpai 
pkul 2,3 pagi..hehe thx tauu :)


lagi 3 paper..
get ready for :
-rekacipta laman web
-pengarangan multimedia
-sistem komputer

tak sabar nak balik wehhh,
doakan saye tauu:)







Selasa, 2 November 2010

exam oh exam

hurayyy..
today tade paperr..
sangat seronok ok..
dapat la topup tido kejap.
dah 2 hari tak tido.
kepala dah ting tong da ni..

alhamdulilah..
isnin lepas,tahfiz,paper pertama..
subjek paling menggerunkan..dapat jgk la aku jawab
dapat ke??
entahh..tapi kira awal jugakk la aku keluar dari dewan exam tu..
tak larat nak dok lama lama dalam tuu
siap je terus blah..
tak sanggup nak dok lame lame.
dahla tgh demam,sakit kepala,saki gigi,and sakit hati..
grr..
takpe takpe..saba zira..sakit tu penghapus dosa dosa kecil:)

okeh,
paper kedua semalam..
paper bahasa arab 2..
ha,yang ni punye la tekun.. 3jam dok dalam dewan periksa kauu..
thanks sangat sangat kat ameera ain,mastura,maisarah and nadzwa yang tak jemu jemu ajar aku
sayang korangg:)


tapiiiiiiiiiii
palingg aku tak suka..
tgh exam exam ni buleh plak ade quizzzzz..
and jap g ade presentation pulekk..
adoyai..
sabarlah zira oii..
takpe takpe..
lagi 2 minggu ja lagi..

okehh..get ready for tomorrow..
subject berani mati..
pengaturcaraan visual basic..
doakan saya oke :)




permudahkanlah segala urusanku ya Allah..ingatkan lah aku apa yang aku lupa..

mereka ibarat nyawa saya

salam..
sihat tak?
owner blog ni tak sehat..tgh demam..huhu
da la tgh exam..memang terseksa  je la sanubari ni.
huhu
so,pade yang taksakit tu,elak elakkan la ek..da la musim final exam ni..
and pada yang sakit,makan ubat tau:)

okeh,
entah lah,
bila dok jauh jauh ni..
teringat family sokmo.
nak nak lagi bila final exam ni..
mula la nak merengek pagi pagi call abh and mama ..
mintak restuu..eh silap..mintak berkat..eh same je la tu kot..
huhu:D

rindu sangat kat mereka.
abah and mama..
mereka lah segala-gala nya..
pelengkap hidup saya.
tanpa mereka..
memang tak ade la zira mohammad fuad ye adik adik..
hehe..

terima kasih,
abah..mama..sebab selalu jage akak and adik adik..
sanggup berkorban demi kami adik beradik..
tak terbalas rasanya dengan hanya ucapan terima kasih..
insyaAllah,akan kami (adik beradik) hadiahkan segulung ijazah untuk kalian..
insyaAllah..





ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.  
  
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
 “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

sumber: Solusi25, mukasurat 70 dalam ruangan Info

Isnin, 1 November 2010

semakin tertekan

lepas satu satu masalah datang,
exam week,
tersangat lah penat,
pening,
tension...
ya Allah,
aku tak tau la nak jadi ape sem ni...
rase tak semangat langsung...tak mcm sem lepas...
tolong la...aku taknak failed ..
kesian mama and abah..
kalau la dorg tau mesti dorang kecewa,
*tiba2 mata rasa pedih menahan sesuatu.

ini jalan yang aku pilih..
nak tak nak..
aku kene tempuh jugak..
chayok zira!:)

doakan saye ok ;)


permudahkalah segala urusan ku ya Allah.