Jumaat, 31 Disember 2010

mereka sangat COMEL

assalamualaikum.
 heyya peeps :)

kali ni, entry ni khusus untuk mereka mereka yang comel mcm say*bapak perasan GILA kau zira*haha. jadi, sesiapa yang rasa dia comel, sila angkat tangan sekarang! angkat la smpai bila bila pun bukannye aku ley nampak pun korg angkat ke tak haha ;p.okeh, juga kepada sesape yang rasa dia tak comel. sila err.. sila jadi macam tuan empunya blog ni.perasan comel.HAHA.ye la, sape lagi nak puji diri kta klu bukan kita sendiri yang puji. takkan la nk menagih simpati orang ramai paksa cakap camni " oi si polan, aku comel tak? aku cun tak weh? aku cun kan? comel kan? aku paling comel dalam dunia kan? agguk sekarang klu tak aku lepuk!". oh, sungguh tak reti and tak tahu malu.okeh, cukupcukuplah merepek zira oi..straight 2 da point bole tak? bole2..

act, aku nk cita pasal budak kecik la weh.. budak kecik comel kan? mane ade budak kecik yang tak comel..klu budak kecik gigi rompong lagi suka tgk..kelaka and comel gila bila senyum. suka sangat tengok .nak nak lagi cousin aku. laggi comel.maybe sbb ade aku kot.klu takde confirm kurang comel sbb takde iras iras muka aku.*ok, boleh muntah sekarang* hahah. tp siyess doe.. aku suka sangat bila cousin cousin aku datang rumah. comel sangat. cousin cousin aku majoriti banyak yang kecik2. yang tua2 sikit je, tak termasuk aku OK. im still 19 ok.belasan tahun lagi. dec 2011 baru genap 20. thehehe ada banyak sebab kenapa aku suka sangat budak kecik. even kadang kadang tyme jalan kat mall pastu ternampak mak dia dukung baby gila comel. dengan muka selamba mintak dukung. ehh, bukan aku suh mak dye dukung aku la, gila kau! aku yang nak dukung anak kepada mak dye.*faham faham sendiri lah ye.haha* lagi 1 klu kita tgh tension bila layan budak budak kecik ni. rasa mcm tenang je. seronok sangat. terhibur la dengan keletah budak budak kecik ni.hmm~ rindu plak zaman kecik kecik dulu even aku tak penah kecik.badan sentiasa membeso.hihi 

okeh, nak tgk pic mereka mereka yang comel?


ting ting ting

kita tengok siapa yang kena~


ehh cop cop, gamba gamba yang aku upload ni semua cousin aku.so, korang jangan harap la ade pic korng..haha,jangan mara.peace ;)


cute kan dia ni? speaking 24 jam. klah aii nyahh~!

okeh, yang ni cuba perhatikan betui betui. baju sama tapi muka hampir sama tapi nama lain.
ape lagi..kembaqq la..wah~ seronok sangat dapat cousin kembar yang montel montel. sungguh comel




new cousin :)

ehh, pic budak ni lg. sengaja upload 2 kali. cuba tgk betul betul. pipi dia. sebelah kecik sebelah besar.. comel sangat ! :)

husna. cousin aii yg paaaling manje and ngda2. sikit sikit nk dukung, kurus aku nyahh! haha


ni uzma, comel kan dia? agak laser dia niihh. haha. eh, byknye upload pic dye. of koz la der..sbb pic dia sume comel comel ;D
peace :)





see see, comel bukan? cuba bayangkan klu orang dewasa mkn cenggini? pehh. lari teruss~ zapp~! haha
;D

oke, jumpa lagi di entry yang akan datang :)
bebaii.


selamat datang 2011 ;D

assalamualaikum :)
rindunya kat blog ni..
jarang sangat dapat updated.sangat busy
cheww~ busy la sangat.ngeh2..
waa~ x sangka aii
pejam celik pejam celik kita dah berada di hujung tahun 2010..
da masuk 2011 pun ..
rase sebak lak tiba tiba..
alhamdulilah, diberi kesempatan sekali lagi untuk menghirup serta menikmati udara 2011
terima kasih ya Allah. syukur Alhamdulilah:)
& yang paaling penting sekali. umo aku dis year dah masuk angka *dua*.. OMG
macam tak percaya .

 so, to all readers.
selamat tahun baru zira ucapkan.
semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas.
so, azam korang ape?
nk kawen?
tett~
haha
papepun, semoga korang dapat penuhi azam korg tahun baru ni :)

Jumaat, 17 Disember 2010

tak sampai dua minggu aku tinggalkan damansara..
tp, dah macam macam perasaan aku rasa,
sedih, rindu,gembira,kecewa,terkilan..semua berkumpul jadi satu
lumrah dunia!


ini kisah kehidupan aku..ya..
kehidupan aku di kolej..
kipsas, kuantan..
yang jauhh dari mama,abah..penguat hidup.

baru sekarang aku sedar..
kenapa abah taknak aku jauh dari keluarga..
tp,ini jalan yang aku pilih..
aku janji..aku akan belajar rajin2 dan penuhi hasrat dan impian aku..mama & abah..




belog ku~

salam,
omaiiigod..
rindunye kat belog aiii ni.
lama gila kau tak bukak blog nih,
tak update belog(eh, ade ke nk bace selain aku? tettt~ haha-,-)
act, byk sangat benda aku nak cerita ceriti, tp sejak da masuk kolej 
bz gila..rindu pulak kat blog ni.. kdg kdg smpai aku pun terlupe yang aku ni ade blog sendiri..ehh, ade ke org nk bace belog kau ni nyahh oii.
-_____-

penat seyy, byk keja.rindu plak kat rumah.. hari ni mama cakap kat uma nenek ade kenduri potong jambul..
NAK BALIKK~!!
waa~~ isk isk..
sedeyy
tape la..next week ai balikk oke.. leh la update cite yg besh2..

okeh!
nak sambung tgk cite korea



pssstttttt ; ape motif aku post entry ni? ketandusan ayat ekcelii..sila abaikan entry ini, terima kasut..ehh, terima kasih. :D
bebaii uolssss~

Isnin, 6 Disember 2010

SAYA TERKENA !

penatnye weyh!
ish anak dara hape la ni ngeloh ngeloh.
okeh, sangat penat pack barang untuk balik kolej esok.
dasyat kau~ esoknye nak blek kipsas hari ni baru pack barang.
anak sape la ni.haha
actually, entry ni bukan nak cite pasal nak balik kolej.tp pasai hang out dgn my bestie last week
best gila sampai rase mcm taknak balik~
tp kene balik jgk kang tak pasai pasai kene pelangkung kang.
sape nak jawab.kau orang ke?
kekeke~
okeh, khamis lepas, ktorg gerak p one utama. ingatkan bertiga rupanya berlima.
oh!sangat seronok ok. berjam jam aii and anna tggu ija,amirul n kawan depa. cehh, buang mase ai je nyahh.haha. lantaran terlalu lama menunggu badot2 nih.aku and anna bertawaf la sekitar one utama tuu. da berjanggut den tggu tau. pkul 4 baru muncul..mcm nak marah tp x jadi nak marah bila nampak mcm ade hadiah je kat tangan dorg.haha
ekceli, aku tak harap pun dorang bg apa apa present kat aku sempena hari keTUAan aku yang ke 19 ni.janji aku dapat jumpe dengan bestie2 aku.janji rawk!*tibe2* haha (ok, tak lawak=,=)
lepas tu ktorg p men bowling. bapak laa.hengat aku ni reti main bowling ke weh! tak ingat ke sape yang dapat no last mase men bowling kat TS ari tuhh.tak kuase aii. tp selepas denga pujukan rayu si ija and anna. merengek rengek nak mintak aku men bowling lepuk kang haha.ok, part ni aku tipu jerr.caye la kalau nak caye, tak dapek  den nak nolong eh doee~haha . mase men boling ni.aku saje je mintak nak men last sekali. aku TAKDE PERASAAN langsung ok nak main bowling ni.dah la ade longkang. bila baling bola asek nyenget ke longkang jeh!ehh, salah longkang tu laa,sape suh ade kat situ.hahatp best jgk la. sebab aku dapat kalah kan ija..FINALLY !!haha jangan mara ija kang cepat tua kangg.haha. best gila wehh even dapat second last.haha.ija, pengajaran kita pada hari itu,kita hendaklah bermain dengan JUJUR yee.haha.malu wehh, anna ngan amirul dah bepuluh2 markah eh,den baru berboleh boleh*berbelas-belas ye adik adik*.okeh, tutup part men bowling tu sebab lagak si zira ni mcm dapat no first jaa..haha,hape la tu pun nak kecoh,ehh sukati wa la derr.haha peace.lepas tu, perot pun dah bunyi lagu jazz.ktog p la mencekik dekat mc'd.thanks ija sebab belanja aku.even aku tau ko tgh sesak tyme tu.thanks ija,sayang kau.ngehehe.lepas masing2 da kenyang kenyang ktorg p la merendek amek gambar dekat dalam OU yang sangat cantik pemandangannye ye adik adik.then dalam pkul 9 camtu dorg dengan murah hatinya membazirkan minyak kereta dorg untuk hantar aku pulang ke rumah.cewahh~ klasik kau.haha.lepas  tu kan..ade kejadian ngeri yg jadi.pewhh.bapak ngeri gila wehh.dorg mula2 berentikan aku kat depan kedai ayah aku jer.sbb segan lak nak suh dorg hanta smpai umah.haha.tp agak pelik sikit sbb mase aku nak turun kereta,dorg mcm taknak bg aku turun je..mmg tak syak hape2 la kan..lepas aku turun kereta,dorg terus drive p belakang(umah aku) sangat pelik. siap call call bagai.aku pun terpikir, aku tertinggal barang agaknye kot. lepas tu( eh kejap, kenap aku rasa karangan aku ni mcm budak sekola?haha).aku pun kuar la nak p blek umah nak tgk badot2 ni.haha lepas tuu.BOMM,DUSHH DUSHH~ ija baling tepong SEKILO.bapak la wehh. muka aku da jadi TEPUNG GOMA'.sangat tragis bila DSLR juga turut jadi mangsa.tersangatlah malang bila  masa perang perang tepung terjadi gambar seceput pun tak ambek.cane nak amek kamera pun kene tepong.haha.pandai ye kau ija,nak beli tepung untuk mak konon,mak kirim tepung nak wat cengkodok ye nakk?ape ape pun,tengs ija,anna amirul and kwn hang.tggu beday korang plak okayy.JAGA KAUUUU!haha

okay,malas nak taip panjang panjang walaupun agak panjang juga,sebelum makin berpanjangan.jum tengok gamba ;) kekeke~












Ahad, 5 Disember 2010

ini kisah 3 december

3 december 1991.
waktu itu, setelah bersusah payah mama bertarung nyawa demi untuk menyelamatkan seorang bayi sulungnya.maka tepat pukul 12.03 minit pagi tanggal 03.12.1991 terlahirnya seorang hamba Allah. diberi nama NURHAZIRAH BINTI MOHAMMAD FUAD. oh,itulah aku.*sorry, den tak pandai nak buek ayat2 klasik ni haaa~hehe peace:)'

alhamdulilah,
syukur ke hadrat ilahi kerna diberinya peluang sekali lagi untukku menikmati dunia pinjamanNYA. alhamdulilah.terima kasih ya Allah. terlalu kerdilnya aku disisimu ya Allah, sungguh.aku sendiri terlalu malu untuk meghadapmu ya Allah. sudah 19 tahun aku bernyawa di dunia ini, sudah berjuta kali kau beri peluang untukku mengubah diri ini.tp, aku sendiri yang pura2 tidak melihat.Ampunkan dosa ku ya Allah.terima kasih kerana kau berikan aku keluarga yang bahagia.kau beri aku segala galanya . terima kasih ya Allah.






mama,
uyun nak ucap jutaan, ribuan,dozeaan terima kasih kat mama, mama da banyak berkorban segala2nya untuk uyun dan adik2. uyun sayang sangat2 kat mama.sorry sebab kdg2 uyun wat mama berleter, sbb uyun suka dengan suare mama.ngehehe~. mama, uyun tau uyun ni nakal, degil bin degul, suka bangun bila matahari dah terpacak atas langit, suka jadi burung hantu malam malam pasang tv kuat kuat kaco mama tido, lambat buat ape yang mama suruh. uyun mintak maaf yeaa. uyun tetap sayangkan mama. mama is the best! bila uyun dok jauh2 baru uyun rase kasih sayang dan rindu sebenar. siyes, uyun rase rindu sangat kat mama.thanks 4 everything mama.doakan uyun k. uyun nak berjaya and ubah hidup kita sefamily. uyun sentiasa ingat pesan mama.nanti bila uyun dah ada family sendiri uyun nak jadi mcm mama.love u mama :')


abah,
uyun nak ucap sebilion bilion bilion bilion terima kasih kat abah sebab jaga uyun selama 19 tahun uyun hidup kat dunia ni. terima kasih abah sebab abah dah banyak ajar uyun tentang kehidupan. uyun mintak maaf sanga sangat sebab uyun tau. selama 19 tahun ni, uyun masih tak dapat jadi anak yang solehah, kakak yang bertanggugnjawab dan seorang insan yang baik. uyun mintak maaf abah. insyaAllah satu hari nanti uyun akan jadi yang terbaik diantara yang terbaik. doakan uyun :) uyun sayanggggg abah!!!



"tanpa mereka saya tiada didunia ini, mereka(mama&abah) lah kekuatan saya"



p/s ; saya kena baling tepong! nak tau sape yang baling tepung? jumpa enrty berikutnye.daa~
saya tau apa yang saya buat.
jangan sesekali cuba untuk mengajar saya menjadi diri anda,
kerana saya adalah saya!
saya tau apa yang saya lakukan.
kalau tak selesa dengan cara saya, diri saya.
sila pergi dari HIDUP SAYA!!

Rabu, 1 Disember 2010

alhamdulilah.
terima kasih ya Allah,
kerna kau berikan aku kegembiraan dan kebahagiaan
walau dalam kedukaan.

saya gembira tgk awak bahagia.
:)

Selasa, 30 November 2010

hakikat dunia


sumber : iluvislam.com

"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan."
Lama aku berfikir. Merenung maksud kata-kata itu.
Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu."
Kita dapat baju, kita hilang duit. Kita dapat kenyang, kita hilang makanan. Pendek kata itulah sunnatullah kehidupan. Ironinya, masih ramai yang ingin menentang arus. Tidak pelik.
"Only dead fish swims with the stream."
Hmm...tapi kata-kata itu boleh ditafsirkan dengan makna yang berbeza...itulah manusia, kita sentiasa percaya yang kita ini yang paling hebat. Maka setiap orang ingin mengeluarkan pendapat. Itu tidak mengapa. Yang malangnya setiap orang tidak ingin dikritik. Semacam dia yang maha hebat. Tidak ada cacat dan cela!
Tafsiran akal itu datangnya dari paradigma kita. Paradigma itu mudahnya kita ertikan sebagai cara pandang. Cara pandang kita menentukan apa yang kita dapat. Jadi paradigma yang betul akan melahirkan cara pandang yang tepat. Persoalannya mana satukah paradigma yang tepat?
Seorang pengguna iPhone tatkala mengalami masalah dengan iPhone canggihnya pasti akan mencari mereka yang serba tahu tentang iPhone. Tidak akan dicarinya seorang doktor perubatan kerana ubatnya bukan disitu.
Manusia pun sebegitu. Membina paradigma yang betul memerlukan kepada rujukan yang betul. Rujukan yang salah memang masalah! Maka rujukan kita penduduk dunia pastinya Al-Quran yang didalamnya terkandung manual untuk ke syurga dan jalan ke neraka. Pilih dan nikmati hasilnya =)
"Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan," masih terngiang-ngiang pesanan yang acapkali disebutkan kepadaku.
"Antara fatwa dan takwa, awak pilih yang mana?" Soalan yang menutup bicara ku petang itu. Sungguh dunia ini tempat melakukan amalan sedang akhirat tempat kita menikmati ganjaran.

Isnin, 29 November 2010

teringin tapi segan

heyya peeps!
sehat?tak ke? g ah klinik tu pun nak kene ajar ke?
haishh
-_-'
hahah
gurau je PEACE :D

oh yea,
korang mesti da pena  pakai shawl kan kan?
aku je tak pernah
iskk.sangat sedih!


act, teringin beno la ghasenyer nak pkai shawl dgn inner tuh.
ala,fesyen skrg tuu
sanagt jeles ok if hangout dengan kawan mesti dorg pkai shawl tu.
snang je katanyer!
bukan taknak try.
tp.tp.tp
ishhh
segan laa.
da la muka bulat ade hati nak tunjuk kelebaran muka tahap maksima.
haha

serius wehh,teringin gila.
aku tgk kawan kawan aku pkai cun ajerr..
penah sekali tyme shopping dengan mama.
try suggest mama pkai shawl dgn inner.
mama gelak je denga anak dye merepek.
then,bile aku ckp aku nk try pakai shawl.
lagi la bertambah kuat mama gelak
tp terus senyap bile nampak muncung itik dan tanda tanda mogok yang akan bermula serta dilakukan oleh anaknye yang sulung(aku ler tu)haha.
mama pun ckp aku x sesuai pkai shawl camni.
ok..
aku terime..



tp aku try pakai jgk.
sbb comel je bile gk cousin aku pakai.

hehe.saje suka suka nak try ennn..

taraa~~





opocot mak kaww!! haha

memang sangat tak sesuai.tapii..saya sukaa..
haha

lepas je lilit lilit shawl ni,terus tunjuk kat mama.
mama senyum lebar.bukan mengejek tauuu..
tp memuji.hihi
mama cakap nak belikan shawl utk zira sebab yang ni bukan zira punye.
haha
cousin aiii yang punye.
aww~
haha;D
yeahh!!
thx mama,lebiu lebiu muahh!! hehe
misi BERJAYA
tingtingting~ 
PEACE :D



ha,kan..cumil kan yang belah kanan tuu,cousin den.muka dye mmg sesuai dengan shawl.muka aku tak beberapa nak sesuai tp nak try jugakk!!hihi.ehh,macam sama je shawl kami.memang la.dah dia punye shawl tuu.den pinjam yo.! haha
yes! esok jugak nak p beli.hihi


till then,
bebaiiii.



pssst; si dia penah cakap,yang dia lagi suka tengok zira pakai tudung labuh.insyAllah 1 hari nanti.:) doakan saya ok :))

Ahad, 28 November 2010

really miss my superbestie

salam,
heyyo wassup wassup.
wahh~ *gedik!*
haha

diam tak diam,
dah dekat sebulan da cuti sem,
pejam celik pejam celik,
next week nak masuk kolej blek da.

hmm.
sangat seronok cuti ni,
dapat abeskan masa dengan family tercinta,
dapat g kenduri and makan free..
haha
tapi sangat sedih ++
even tyme cuti pun aku masih tak jumpe badot badot aku.
err,
my bestiee lahhh~
grrr.
rindunya kat anna,ija
rindu sangat sangat.
terlampau lampau lampau la rindu nyee.
masing masing busy~
busy busy busy oh,kenapalah kene ada ayat busy kat dunia ni,kipas ke,meja ke garpu ke
eh,ape aku merapu ni. entahhh,HAHA
ape ape pun
 hope sangat dapat jumpe ari khamis ni.
tau tau~~
rindu gila kat korang..
rindu kat bebelan si ija,
and
rindu nak buli si anna
HAHA

ija~ sorry sbb tak dapat temankan kau hari ni.ari khamis kite jumpe ok insyaAllah.
aku busy gila ari ni.busy gila tau,bukan busy la gile.haha
jkjk.PEACE.

anna~ gila rindu kat kau doee!!
sorry tak contact kau sangat tyme cuti ni.busy plus plus~!
khamis ni kite jumpe tauu~~!!



oh yea~
tersangat rindu juga dekat sahabat tersayang kat kolej
mastura,maisarah,wawa,ain,sue,mira and zura
jumpe next week!
jangan rindu zira tauu~
haha

okeh,mau tido..pssst pssst,tak sabaq nak tunggu 3 dis.tatau naperr.ngehehe~
bebaiii~!!



selamat hari TUA :D





salam korang :)
cuba teka hari ni hari ape?
salah salah!
teka lagi
=__=''
hahah
oke,
straight 2 da point je la kan.
hari ni beday adik aku yang no 2 tu haa..
aniq safwan:)

yang tengah tuu:D

handsome kan adik aii?
haha
single lagi*tibe2 haha*


and for him:
HAPPY BIRTHDAY,SELAMAT HARI JADI,SANNAH HELWAH
MAY GOD BLESS YOU,
JANGAN NAKAL NAKAL AND GATAL GATAL
HAHA
AND


HAPPY SPM TOOO~
HAHA
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
andd, study elok elok, rajin rajin, if dapat straight A den belanjo secret recipe lagi yoo yang BESAR PUNYAA
haha
selalu ingat pesan mama and abah,ingat, mama and abah dah banyak  berkorban mcm mcm utk kite adik beradik.jadi anak yang soleh,yang boleh menggembirakan hati mama and abah.
mereka segala galanya.ingat tuu.




ok


till then,
bebaiiiiii
:D



Sabtu, 27 November 2010

"Saya nak cari suami yang...."

Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."

Yang selalu kita lihat,
Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..

Yang kita harap dapat lihat,
Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat  kalau Al-Fatihah pun masih merangkak-rangkak

Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama-sama  memberi ingat
Untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg tak kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama-sama membaiki diri
Kalau bakal-bakal suami dan bakal-bakal isteri pakat-pakat membersihkan hati
Kalau suami-suami dan isteri-isteri dapat ikut segala perintah Ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar-benar sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat-pakat dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda-ganda lagi

Khamis, 25 November 2010

takyah baca pun takpe,sekadar luahan hati.:)

mood : serius + sedih



kadang kadang tak paham betul dengan perangai manusia,
asal yang cantik, dibangga banga, asal yang buruk, dikutuk kutuk,
fine~ mmg wajar lah aku kene kutuk
tapi, aku je ke manusia yang mempunyai masalah fizikal kat dunia ni?
aku je ek yang gemuk akt malaysia ni?
aku je ek yang palinggg obesiti kat dunia ni.
fine~
bukan aku tak cuba nak jadi kurus~
aku da cuba,
byk kali!
diet,senam,makan pil(ok, jgn salah faham, pil kurang selera makan lahh)
ape?
ingat orang gemuk ni takde perasaan ke?!
kadang kadang aku rase sisa sisa air mata aku ni habis ke sini je.
mengenangkan nasib badan aku.
aku tak mintak la jadi mcm ni.
aku taknak pun la jadi gempal cenggini.
aku dah usaha!
takpe lah~
and ayat yang kan dibaca sebentar lagi ditujukan pd seseorang, siapa makan cili terasa pedas nya:) :-
"cik P,awak sangat cantik,jangan risau,toksah selalu sangat nak perli saya, toksah nak selalu sangat kutuk saya, and toksah selalu sangat hina badan saya.saya memang sedar sapa saya. TERIMA KASIH!"

entah la. tp aku penah denga ayat ni:
"bia muka tak lawa asalkan badan lawa, jangan  harap muke je lawa tp badan, yarabbi"
hmm..ek?
aku lagi la,dua dua tak lawa.
ok fine~

aku tak kesah ape pun orang nk cakap pasal aku.
tp aku dah bosan la! cara orang kutuk/hina macam la aku sorang je yang obesiti kat dunia ni.
orang mcm aku pun ada perasaan.
kau ye dok gelak gelak, ejek ejek. tp kau tak sedar ke yang kau da malukan kawan kau sendiri.









sudah! tak boleh sambung ape ape dah
mata dah pedih
tp satu je aku pinta.
tolong laa, aku tak kesah sbb mmg betul pun badan aku besaa, tp agak agak laa..jangan aa malukan aku smpai mcm tu sekali.aku ade PERASAAN jugak.

Isnin, 22 November 2010

SPM SPM SPM

assalamualaikum :)
hi korg!
da tido kerr?
of course la kan ade yang da tido bila jam menunjukkan pkul 4 pagi.
tp ade jer hamba hamba Allah yang belum tido,
mcm adek aku ni.baru tido,
maklum la esok SPM.
aku pulak yang berdebar.
ye la kan, dulu tyme muda2 penah gak amek SPM
hahah
bagai nak jatuh jantung jawab pekse
abes basah paper exam dek peluh .
haha

so,
gud luck 4 all spm candidates .
terutama kat adik den yang no 2 tu hah,
aniq safwan bin mohammad fuad

buat exam elok elok tauu.
prayed hard.
supaya segala ilmu yang dibaca tak mudah lupa.
sentiasa ingat pesan mama and abah ok.
ingat! "biar kita miskin dengan harta tapi kita kene kaya dengan ilmu"
pedulikan ape orang nak cakap, hidup kita bia kite yang tentukan
ok.
gud luck!
and gud luck jgk pd korg2 and cousin2 yang nak amek exam nanti.
selamat berjuang!
wah~ aku plak yang semangat ngee~~
ok.
bebaiii~~
;D


Ahad, 21 November 2010

jom kawen !

salam korang ;D
mesti tekejut beruk sebab tak pasal pasal aku ajak kawen.
haha
pe lagi
jum r kawen! jum r jum r (haha)-__-''
gedik la zira nih!
*gatalgatalgatalgatalgatalgatal*
haha
gurau aje ..hihi~
peace :)

act,
aku bukannye nak kawen atau pun nak ajak korg kawen
 tak kuasa aiii..
masak pun errr... tak berapa nak reti
ade hati nak kawen
gila gataii kauu.
haha!
semalam aku p kenduri kawen..
kazen aku yang kawen.
kazen aku TAU bukan AKU! haha
wah~ wedding dye mmg meletop kaww!
aku pun nak r kawen cenggitu..
ramai VIP n artis datang..
wedding of the year gitu~
gila kauuu
ramai gila yang datang,
dapat cuci cuci mata.haha
gila la ! terus hilang kerabunan mata aku haha
(gatal tak sudah la korg ni!haish~)
hahah
so,
mase ni la dapat berkumpul dengan cousin cousin .
klu tak pehh,jgn harap.
masing masing busy mak mek.
yang keje sibuk keje,yang study sibuk dengan study nye yang nganggor sibuk mengganggor(eh ade ke?,ntah haha) yang cuti ni hah sibuk membungkang kek umah. eh aku ke?
tettt~~
haha
tp,
mmg best la semalam,
dpt jumpe cousin, and adek beradek sebelah abah.
.
dah la,malas nak mebebebebell~


jum tengok gambar!
check it out yo !

taraaa~~~



ehh,cop cop..
cop cop cop coca cola yehh~
hoiii boikot coca cola hoiiii..!!
*tetibe haha*

lupe nak gtau,
tempat cousin aku kawen ni dekat seri menanti negeri semilan.
yo la,den oghang nogori..
kau?
takyah jawab,tak nak tau pon~
haha(kelekar ke??)
blablabla..


nah tgk gambar..








tgk la!! hishhh
haha(lawaknyerr) T___T







jeng jeng jeng~!!


ni pic SS namenye,haha,ape gelak gelak tau ke ape SS tu..elehhh ;D..
SYOK sendiri..haha.if amek gamba ngan abah,abah mesti x pndang camera.malu malu meoww .
hihi~

gila kelasss kauu pelamin dia~suke3




















luv dis pic :)


sama kan muka kami? kembar tak berapa nak iras,lain mak lain ayah. hehe :)


ni mak ngah aii,malu malu lak diaa.haha peace makngah :) hehe yang kocik tu cousin aii.cute kan? mcm aii mase kecik kecik haha T___T

sepupu den :)










ok,post entry aku smpai sini jaa...
bebaiii





p/s ; apa yang akan jadi kat aku dengan adek adek aku 10 tahun akan datang? camne agaknya mase depan kami ek?