Ahad, 5 Disember 2010

ini kisah 3 december

3 december 1991.
waktu itu, setelah bersusah payah mama bertarung nyawa demi untuk menyelamatkan seorang bayi sulungnya.maka tepat pukul 12.03 minit pagi tanggal 03.12.1991 terlahirnya seorang hamba Allah. diberi nama NURHAZIRAH BINTI MOHAMMAD FUAD. oh,itulah aku.*sorry, den tak pandai nak buek ayat2 klasik ni haaa~hehe peace:)'

alhamdulilah,
syukur ke hadrat ilahi kerna diberinya peluang sekali lagi untukku menikmati dunia pinjamanNYA. alhamdulilah.terima kasih ya Allah. terlalu kerdilnya aku disisimu ya Allah, sungguh.aku sendiri terlalu malu untuk meghadapmu ya Allah. sudah 19 tahun aku bernyawa di dunia ini, sudah berjuta kali kau beri peluang untukku mengubah diri ini.tp, aku sendiri yang pura2 tidak melihat.Ampunkan dosa ku ya Allah.terima kasih kerana kau berikan aku keluarga yang bahagia.kau beri aku segala galanya . terima kasih ya Allah.






mama,
uyun nak ucap jutaan, ribuan,dozeaan terima kasih kat mama, mama da banyak berkorban segala2nya untuk uyun dan adik2. uyun sayang sangat2 kat mama.sorry sebab kdg2 uyun wat mama berleter, sbb uyun suka dengan suare mama.ngehehe~. mama, uyun tau uyun ni nakal, degil bin degul, suka bangun bila matahari dah terpacak atas langit, suka jadi burung hantu malam malam pasang tv kuat kuat kaco mama tido, lambat buat ape yang mama suruh. uyun mintak maaf yeaa. uyun tetap sayangkan mama. mama is the best! bila uyun dok jauh2 baru uyun rase kasih sayang dan rindu sebenar. siyes, uyun rase rindu sangat kat mama.thanks 4 everything mama.doakan uyun k. uyun nak berjaya and ubah hidup kita sefamily. uyun sentiasa ingat pesan mama.nanti bila uyun dah ada family sendiri uyun nak jadi mcm mama.love u mama :')


abah,
uyun nak ucap sebilion bilion bilion bilion terima kasih kat abah sebab jaga uyun selama 19 tahun uyun hidup kat dunia ni. terima kasih abah sebab abah dah banyak ajar uyun tentang kehidupan. uyun mintak maaf sanga sangat sebab uyun tau. selama 19 tahun ni, uyun masih tak dapat jadi anak yang solehah, kakak yang bertanggugnjawab dan seorang insan yang baik. uyun mintak maaf abah. insyaAllah satu hari nanti uyun akan jadi yang terbaik diantara yang terbaik. doakan uyun :) uyun sayanggggg abah!!!



"tanpa mereka saya tiada didunia ini, mereka(mama&abah) lah kekuatan saya"



p/s ; saya kena baling tepong! nak tau sape yang baling tepung? jumpa enrty berikutnye.daa~